Petang semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa Bekas Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman peribadinya di Langgak Duta, Kuala Lumpur. Pagi ini beliau didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Kini sudah tiba masa rakyat tahu kebenaran yang selama ini diselindungkan..Penemuan barangan perhiasan isteri beliau di beberapa kediamannya, Datin Seri Rosmah Mansor turut mengejutkan 1 Malaysia..Barang kemas miliknya sahaja nilainya mencecah ke RM 440 juta, yang diisukan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, semalam..digabungkan sekali dengan koleksi beg beliau dan barang perhiasan lain jumlahnya mencecah RM 1.1 billion! Dato Seri Najib mendakwa bahawa beliau tidak sedar dengan koleksi barang-barang kemas milik isterinya. Beliau juga menambah bahawa kebanyakan barang juga merupakan hadiah yang diberi oleh pemimpin antarabangsa dan rakan-rakan peribadinya..

Secara logiknya, saya tidak rasa ada insan yang amat bermurah hati akan menghadiahkan seutas rantai emas bernilai RM 6.4 juta pada Datin Seri Rosmah Mansor seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Amar Singh. Saya harap hari ini kita dapat tahu kesemuanya tentang penyelewengan ini, begitu juga dengan kebenaran terhadap beberapa lagi orang lain yang turut bersubahat dalam penyalahgunaan dana 1MDB.