Saya amat berbangga dengan ramai wanita muda yang telah menganggotai kabinet Malaysia pada masa kini.
Pertama kali di dalam sejarah Malaysia kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Anda nampak tak? Kita sememangnya tak perlu takut dengan
‘glass ceiling’, ini telah dibuktikan berulangkali di Malaysia. Saya amat kagum!

Sekarang kita nampak sendiri bagaimana dalam kabinet Malaysia wanita muda diberi peluang dan kepercayaan untuk mentadbir dan menguruskan kerajaan bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir. Apakah Tun berfikir sewaktu Tun membuat pilihan ini? Sudah tentu Tun berfikir wanita-wanita ini berdaya maju, cara berfikir yang moden dimana hak individu dan hak rakyat dijaga bersama, penggunaaan alat kounikasi termoden dalam menyampaikan maklumat jitu dengan cepat kepada rakyat, sifat memberi peluang kepada orang biasa di dalam membina nagara.
Tun juga tidak dapat lari dari terfikir apakah reaksi masyarakat Malaysia dengan pemilhan wanita muda ini. Lebih kurang 24jam telah berlalu, dan rakyat Malaysia tidak utarakan ketidak senangan mereka dengan pemilihan ini. Oleh itu mereka setuju dengan pemilihan ini. Tun Secara langsung telah memberi wanita muda yang menduduki kerusi parlimen peluang untuk membuktikan generasi muda mampu bersama-sama ambil peranan berat dalam memacu pembangunan negara.