Apa? Dalam sardin boleh ada cacing?Baru saja makan minggu lepas.. sudahlah sedap, senang masak dan jimat masa..lauk kegemaran saya pulak tu…macam mana boleh ada cacing? Euwww…

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menarik balik 6 jenama sardin bertin lagi kerana disahkan ada cacing.

Ini ramai mungkin tak tahu. Cacing wujud didalam badan ikan tertentu disebabkan oleh pemakanan ikan tersebut. Cacing selalu ditemui dalam ikan herring, mackerel dan sardin. Ia boleh membesar sehingga 2cm panjang, tidak berwarna dan melingkar di dalam perut ikan. Parasit seperti cacing memang sering ditemui dalam daging ikan dan perut ikan dan kita selalunya tidak sedar dengan kehadiran parasit ini! Kita enjoy makan sahaja.
Macam mana cacing ini boleh menjangkiti ikan? Melalui pemakanan ikan. Ia boleh terjadi jika ikan tersebut tidak dimasak dengan betul dan tidak diproses dengan sempurna. Ikan yang besar mengandungi lebih banyak jumlah cacing disebabkan ikan tersebut menelan lebih banyak parasit yang besar.

Cacing ini boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan kita mendapat penyakit, malah ia juga boleh menyebabkan kematian. Jadi, saya sarankan elakkan makan sardin bertin buat sementara waktu sehingga kita dapat bekalan yang selamat. Sementara ini, anda sendiri beli ikan sardin segar, bersihkan dan masak sendiri di rumah. Ini adalah lebih bersih, selamat dan sihat.