Kanak-kanak berusia 11 tahun telah pun berkahwin dengan seorang lelaki berusia 41 tahun Jumaat lepas..Berita ini betul-betul mengejutkan saya! Bagaimana perkahwinan bawah umur kini boleh berlaku agak kerap di Malaysia??Apakah jaminan bagi kanak-kanak tersebut dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri? Banyak persoalan timbul di dalam minda saya..

Mari kita selami antara faktor-faktor dan kesan daripada berlakunya isu perkahwinan di bawah umur ini.

Faktor utama yang menjadikan hal ini berlaku ialah kemiskinan. Ibu bapa sanggup menyerahkan anak gadis mereka di usia terlalu muda disebabkan kekangan ekonomi keluarga. Dengan perkahwinan ini kemungkinan mereka mampu melihat anak mereka mendapat pendidikan dan tidak menjadi seperti mereka..yang masih hidup dalam kesusahan.

Keterlanjuran juga boleh menjadi salah satu faktor. Untuk menjaga air muka keluarga dan aib kedua-dua belah keluarga perempuan dan lelaki yang telah terlanjur, mereka bersetuju untuk mengahwinkan pasangan muda ini. Hal ini juga bagi membela nasib bayi yang dikandungkan perempuan tersebut jika didapati mengandung.

Antara kesan-kesan untuk mengahwinkan kanak-kanak di bawah umur ialah fizikal mereka belum matang lagi untuk mengadakan hubungan seks pada usia muda. Kanak-kanak di bawah umur ini akan berisiko menghidap kanser serviks jika aktiviti seks bermula pada usia 18 tahun ke bawah! Saya tak dapat bayangkan pendarahan yang akan berlaku pada diri mereka..pendarahan ini boleh berlaku dari faraj dan berlarutan sehingga selepas menopaus..

Kesan lain ini boleh mengakibatkan kepada mental dan emosi kanak-kanak tersebut. Hal ini tidak dapat difahami oleh lelaki jika perempuan mengalami sakit pada faraj..Mereka terdedah kepada penganiayaan seksual kanak-kanak sehingga menyebabkan kanak-kanak perempuan tersebut tidak dapat mengawal mental dan emosi lalu boleh menyebabkan banyak perkara negatif berlaku.

Saya berasa tidak wajar untuk ibu bapa lepas tangan dalam hal ini. Sayangilah anak-anak anda di bawah umur ini. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjaga anak-anak mereka sehingga dewasa. Sentiasa ambil tahu tentang gerak-geri anak dan kehidupan sosial anak memang menjadi satu kewajipan. Kasihanilah dan fikirkan masa depan mereka..